BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 9, 2010

Reaksionis 2:Kegagalan



Kadang-kadang selalu melihat orang yang gagal
Tapi adakah mereka sememangnya dilahirkan untuk menjadi orang yang gagal
Allah s.w.t mencipta makhluknya sama sahaja
Kebanyakkan orang yang bejaya ialah orang yang pernah gagal
Bardasarkan pembacaan aku melalui buku 'Berani Gagal' karya Billi P.S Lim
Aku berjaya memotivasikan diri agar tidak mudah berputus-asa
Sebenarnya realitinya kegagalan amat pahit untuk ditelan
Hari ini suatu peristiwa berlaku yang menjadikan diri aku orang yang gagal
Walaupun dianggap perkara remeh namun menusuk hati aku bagai dihiris sembilu
Semangat aku mulai luntur dan aku hampir berputus asa
Namun aku cuba renungkan apakah punca aku gagal
Akan aku jadikan punca kegagalan aku sebagai kejayaan aku
Ibu lihatlah kejayaan aku nanti
Aku akan pulang ke rumah sambil berkata 'ibu, aku dah lulus ujian JPJ'
Dengan wajah kegembiraan ibuku berkata 'selepas ini wahai anakku pandulah kereta VIVA bewarna hitam itu'.
Lantas aku mengambil kunci dan memandu kereta itu ke sekolah
Aku akan menjerit kepada rakan sekolahku inilah hasil kegagalan aku.
Kegagalan Bukanlah Pengakhiran Sebaliknya Permulaan


0 comments: